Skip navigation

Monthly Archives: November 2011

     Pertama kali aku menerima khabar bahawa aku dipilih untuk menghadiri temu duga aku berasa sangat gembira. Perkara ini seolah-olah mimpi yang menjadi nyata bagi ku. Aku sangup pergi ke Kuching dan Pulau Pinang untuk menghadiri temu duga. Aku tidak gentar untuk pergi seorang diri ke Pulau Pinang. Pulau yang aku tidak pernah pijak selama ini, semua ini kerana aku ingin menjadi seorang pelajar senibina.

    Setelah menanti selama sepurnama, keputusan pun keluar. Perasaan aku menjadi tidak menentu  gementar,takut dan ingin tahu, semuanya menjadi satu. Aku tak dapat tidur untuk mendengar keputusannya, aku senantiasa menghadap skrin komputer aku untuk memdapatkan info. Penantianku tidak sia-sia pada hari itu, pengumunan tentang permohonan aku boleh dicapai di internet. Dengan perasaan gementar aku men”log in” ke laman sesawang USM. Aku terus mengklik dan keputusannya terpampang di hadapan aku. Alangkah girang nya hati ku sehinggaku menlompat seperti monyet yang terkena belancan. Aku diterima untuk kursus senibina di USM.

         Akhirnya, sampai jua aku di USM. Perasaan yang bercampur aduk datang semula kepada ku. Aku telah berjumpa dengan pelbagai jenis orang di sini. Namun begitu, seseorang yang datang kepada aku telah membuat aku kini mengenali sesuatu. Sesuatu yang lebih penting daripada senibina. Dia dengan berani telah mengetuk pintuku dan bertanya adakah aku mengenali teman sebilik aku yang berbangsa iban dan aku memberitahu kepadanya bahawa teman sebilik aku belum lagi datang tetapi aku seorang Iban. Sejak daripada itu, lahirlahlah sebuah persahatan dan dia jugalah yang telah membimbing aku ke sebuah alam yang sangat indah. Alam yang belum pernah lagi aku alami selama ini dan dia juga membawaku untuk mengenali Teman yang baru.

        Teman inilah yang aku cari selama ini kerana Teman inilah yang akan mengisi kekosongan didalamku. Teman inilah yang telah membuatkan aku tahu dengan pastinya tentang perkara yang akan terjadi kepadaku. Teman ini juga telah menjadikan aku seorang yang lebih baik walaupun tidak banyak namun Teman inilah yang telah menjadi sumber inspirasiku. Walaupun begitu persahabatan kami tidak akan putus kerana Dia telah berjanji tidak akan meninggalku walaupun aku mungkin akan meningalkan Dia. Teman aku inilah yang telah menjadi harapan daku untuk terus hidup sebagai seorang insan yang lebih berguna kerana tanpa Dia aku bukanlah sesiapa. Dia telah mengajarku untuk menjalani hidup yang penuh dengan kasih.

       Dia bukan saja mengajarku untuk mengasihi orang yang berbuat baik kepadaku malahan kepada musuhku. Perkara ini telah mengejutkanku, mana mungkin aku dapat mengasihi musuh di atas apa yang telah mereka lakukan kepada ku. Setelah aku fahami dan aku mengerti tentang pentingnya untuk aku mengasihi musuhku. Perkara ini kerana api tidak mungkin dapat dilawan dengan api dan begitulah perkara ini berlaku. Dia juga mengajar aku untuk memaafkan orang lain dan belajar untuk menerima orang lain.

      Dia juga merupakan sumber aku menluahkan perasaan takut,ketidakpastian dan kekeliruanku. Dia senantiasa memberikanku jawapan yang aku inginkan walaupun bukan secara segera namun Dia senantiasa memberikan aku jawapan indah pada saatnya. Dia telah mengajarku bagaimana untuk memberi dengan sukacita tanpa mengharapkan pembalasan. Hidupku kini telan menjadi sempurna kerana teman ku atau Bay yang telah mengetuk pintu telah memperkenalkan aku kepada sahabatku iaitu Jesus Kristus. Dia telah menjadikan kau berharga kerana Matius pasal 7 ayat 7 telah menyatakan bahawa “Mintalah, maka akan diberikan kepadamu; carilah, maka kamu akan mendapat; ketuklah, maka pintu akan dibukakan bagimu.”. Ayat inilah yang telah membuatkan aku ingin mengenali Temanku, Jesus Kristus.