Skip navigation

Monthly Archives: March 2010

Akhirnya, aku berjaya mengharungi semua dugaanNya. Kini, aku hanya mampu berserah agar khusus yang ku pilih nanti berada di dlm genggaman.

Padaku, STPM bukanlah seteruk yang disangkakan oleh segelintir pihak. Walaupun masa yang diambil lebih lama sedikit berbanding pilihan yang lain seperti maktab, program asasi atau Matrikulasi namun dari segi kos ia amatlah murah.

Jika, aku memilih untuk memasuki matrik ,program asasi atau foundation di beberapa ipts kos pengangkutan, makanan dan hiburan menjadi berlipat kali ganda. Di sini, kos makanan adalah lebih murah dan sihat kerana ianya adalah home made. Selain itu, kualiti dan kuantiti makan berapa di tahap yang terbaik. *sayang emak sbb dia masak makanan yang sedap ^^*

Seterusnya, STPM juga membimbing aku dalam pembentukkan karakter. Hal ini kerana sekolah ku mengamal polisi pembangunan sumber insan yang holistik dan bersepadu. Perkara ini membantuku dalam mempelajari soft skill dan membina penampilan yang baik.

Selanjutnya, hidupku semasa di STPM juga kurang mengalami tekanan. Bayangkan jika semua mata pelajaran di ajar secare touch and go serta dalam masa yang singkat mungkin aku tidak akan dapat memahami subjek tersebut dengan baik. Di sini, aku dapat membertanya kepada guru-guru atau rakan- rakan yang telah lama ku kenali.

Akhir sekali, bagiku ice breaking bukanlah sesuatu yang mudah kerana aku mengambil masa yang agak lama untuk membina jaringan kenalan yang baru. Jadi, aku mungkin agak malu bertanya dan minta pertolongan.

Kesimpulannya, STPM tidak seteruk seperti yang disangkakan oleh sesetengah pihak. Aku bangga kerana dapat menghadapinya dengan baik .

Nota kaki: STPM bukanlah pilih yang terbaik untuk sesetengah individu tetapi STPM merupakan pilih yang tepat bagiku…